Tuesday, March 27, 2012

2M, Malang dan Murung..

hurm...
peristiwa tu memang aku tak kan dapat lupakan sampai bila-bila...agak agaknya tuhan saja yang mengerti perasaan aku waktu tu...

ceritanya bermula dua hari sebelum aku berkahwin(akad nikah) tanggal 17 Disember 2011 merupakan sejarah hitam dalam hidup aku selaku seorang perempuan bujang (yang bakal mendirikan rumah tangga)...tau tak apa yang aku dapat hari tu?? aku dapat surat peguam untuk melanjutkan kes aku ke mahkamah! atas kesalahan apa?? atas kesalahan penggunaan kad kredit yang melebihi had!....Allah saja tahu macam mana perasaan aku ketika itu...sepatutnya aku menghadapai hari bahagia aku dengan tenang tetapi semuanya berkecai selepas aku menerima surat daripada peguam yang memerlukan aku untuk  membayar keseluruhan baki kad kredit aku yang berjumlah hampir rm 5000.00...bayangkan lima ribu ringgit tu wey...mana aku nak cekau duit cari duit banyak banyak untuk bayar keseluruhan jumlah...aku sendiri tak pasti...adakah semua tu betul betul silap aku atau kesilapan bank...ye...aku akui aku bersalah...aku sebagai peminjam seharusnya menjelaskan hutang-hutang aku...tapi dalam masa yang sama...aku juga tidak berpuas hati dengan pihak bank...persoalannya...aku jarang menerima panggilan dari pihak bank itu...boleh dikatakan kali terakhir aku menerima panggilan daripada pihak bank adalah 6 bulan sebelum kejadian...mesej juga aku tidak terima...aku betul betul terkilan dengan cara pihak bank yang melayan pelanggan sebegitu rupa...nak kata tak bayar...aku bayar...pelik...memang aku pelik...dengan keterpaksaan aku terpaksa mengada-adakan juga duit eventhough aku sendiri tahu yang aku kekurangan duit...bukan aku mahu berbangga atau apa....perbelanjaan perkahwinan aku 90% adalah dari sumber aku sendiri..mak dan ayah aku dah tak bekerja...jadi nak tak nak...aku kene cari duit...untuk menyalahkan ibu bapa aku dalam hal ini jauh sekali...mereka tak bersalah...aku yang bersalah dalam hal ni...cuma aku tak tahu nak menyatakan betapa kecewanya aku dengan piha bank tu...ye aku tahu bank tu berprofile tinggi tapi tak perlu la melayan customer sebegitu...kalau tiba tiba customer dia hilang sikit by sikit macam mana...sekarang profit banyak boleh cakap la...

Hal yang lebih memalukan aku adalah aku terpaksa berhutang dengan caterer...walaupun tak banyak cukupla untuk aku jatuh malu...maruah aku masa tu seperti dipijak-pijak...tak de sesiapa pun yang dapat membantu aku....masa tu tuhan je tahu...nak pinjam duit suami...kitorang punya situasi adalah sama...aku tak berduit dan dia sendiri pun tak berduit...aku tak menyalahkan dia...seperti yang aku cakap...semua masalah berpunca dari aku sendiri....pihak caterer pula selalu mesej dan call...aku rasa macam nak nangis jek...masa tu parents aku tak tau masalah aku...aku tak suka bercerita dengan parents aku berkenaan duit...aku tak nak diorang susah hati pasal aku...pada aku biarlah aku sendiri yang terseksa...jangan dorang...biarlah aku tak cukup makan....tapi jangan lah diorang pulak yang tak cukup makan...aku memang tak sanggup...cari punya cari punya cari...akhirnya alhamdulillah...ada 2 makhluk Allah yang berbesar hati dapat meminjamkan aku duit...aku berasa sungguh terhutang budi dengan mereka berdua...salah seorang nya adalah housemate aku sendiri...dan seorang lagi adalah rakan tapi lebih dianggap "ibu" kepada aku...aku amat bersyukur di atas pertolongan mereka...tanpa mereka...aku memang dah ke neraka la aku...teruk kan bunyi nya...tapi tu la yang aku rasa....kepada mereka berdua....terima kasih aku ucapkan yang tak terhingga...terima kasih la dari hujung kaki hingga ke hujung kepala...akhirnya masalah aku selesai...duit kedua dua insan pemurah ni pun aku telah hampir selesai membayar...aku bersyukur sangat dengan pertolongan yang diberikan...terima kasih ya Allah...terima kasih kerana menemukan aku dengan insan yang amat mulia pada pandangan aku....

tapi tak pe...aku tahu...Allah tu maha berkuasa...mungkin sekarang Dia menyayangi aku dan ingin menguji sejauh mana kecekalan aku...tapi tak pe...aku tetap bersyukur dengan ujian yang diberi dan aku yakin...ada hikmah pada setiap apa yang berlaku....

After 4 Years!

kalau nak ikut kan dah empat tahun aku bekerja sebagai setiausaha dii jabatan kerajaan...kalau nak ikutkan macam-macam ragam orang kat pejabat ni...tapi tak kisah la...janji kerja aku sendiri jalan...

al kisah...aku dah bekerja dengan bos aku ni kiranya dah empat tahun...since aku masuk aku memang dah ditempatkan di bawah seliaan dia...so...aku kena la jaga dia...nama pun setiausaha kan...bos aku ni memang baik...orangnya lembut...pendek kata dia baiklah...selama empat tahun ni jugalah aku tak pernah kena tegur berkenaan urusan tugasan di pejabat...kalau dia tegur pun tak kisah...ye lah untuk memperbaiki kerja mana yang patut... 

entah macam mana...penstrukturan pejabat memngikut struktur baru diubah...banyak unit unit baru ditubuhkan...ye la dapat ketua baru...suka ati dia la nak ubah struktur macam ne kan...untuk struktur lama...aku tak pernah dapat CC...entah macam mana punya bertuah...tetiba aku ada CC...mula-mula tu segalanya okay....bukan nak puji...CC aku ni memang baik...cakap lembut...suara macam pijak semut tak mati...tapi aku tak sangka dalam lembut lembut dia....dia boleh pijak aku...memang macam !#!%$#!$^ ni la kan mulut dia...bila aku tanya direct dia tak nak jawab pulak...yang aku sakit hati...dia burukkan aku dekat bos aku...bukan setakat buruk...ni dah masuk tahap fitnah! aku mula la sakit ati...tak semena mena aku kene panggil dengan bos aku...! bukannya sekali bos aku panggil aku untuk nasihat kan aku...tapi empat kali depan kawan aku!...malu?? bengang?? sakit ati?? itu la perasaan aku...bukannya aku tak boleh ditergur...tapi pada aku tegur la benda benda yang berkaitan kerja...bukannya bab cuti yang sah sah aku JARANG CUTI! memang aku sakit ati....aku baru cuti rehat 3 hari untuk tahun ni sedangkan kelayakan aku ada 25 hari! baki cuti aku ada lagi 22 hari Kot! the thing is kenapa bos aku nak berleter dengan aku pasal cuti?? 4 kali plak tu sepanjang hari! sumpah sakit ati...yang paling sakit ati dia defence CC tu...percaya cakap CC tu bulat bulat! ni la masalah bos aku daripada dulu...terlampau suka dengar cakap orang....cuba siasat dulu...ni pakai tuduh...sekarang ni aku nak kerja pon tak semangat...yang aku pelik CC tu dah la dah tua...dia tak takut mati ke? dia tak takut ke buat dosa fitnah orang...kalau aku sakit hati sangat...aku nak je buka kes yang dia salah guna duit Claim...nak ke aku buat aduan dia claim benda yang tak sepatutnya...kang tak pasal pasal ko tu pencen dok penjara....selagi aku boleh sabar aku akan bersabar....jangan sampai aku dah tak boleh bersabar...memang aku bongkar pasal perangai busuk ko tu nanti...

Wednesday, August 3, 2011

ujian kegembiraan dan kesedihan anda

hihihi! entah sapa la yang print kan kertas ujian maklum balas ni dekat meja aku...aku tengok tajuk dia macam menarik...katanya ujian kegembiraan dan kesedihan...ni kiranya macam nak uji la sejauh mana kehidupan kita selama ni...gembira atau tak...jom kita layan ujian ni...!



Ujian kegembiraan dan kesedihan anda...

Di sini kami sediakan satu ujian untuk menguji sejauh mana anda gembira dengan kehidupan ini dan adakah anda benar benar bahagia dengan apa yang anda ada sekarang.

1) langkah pertama

senaraikan 10 perkara yang membuatkan anda gembira (berkaitan kehidupan/keluarga/diri/anugerah atau sebagainya)

2) langkah kedua 

setelah anda menyenaraikan kesemua sepuluh perkara tersebut, jadi sekarang anda tukarkan perkara yang menggembirakan itu kepada sebaliknya.  Jika anda tidak dapat memiliki atau merassai kegembiraan itu, adakah anda masih gembira tanpanya ataupun anda akan berada dalam kesedihan?


Jawapannya
1) jika anda mendapat "saya masih gembira..." itu lebih banyak, bermakna anda ialah seorang yang bersyukurdan tidak mudah bersedih jika tidak dapat memiliki sesuatu itu.  anda juga seorang yang boleh berdiri sendiri dan boleh mencipta kebahagian walaupun tanpa bantuan orang atau perkara yang lain.  anda mudah merasa puas hati dengan sesuatu perkara yang anda lakukan atau miliki, jadi jika anda tidak berjaya juga ia tidak memberi kesan yang besar dalam kehidupan anda.

2) jika anda mendapat banyaj "saya akan bersedih....." itu lebih banyak, bermakna anda seorang yang terlalu bergantung dengan sesuatu dan orang untuk menjamin kebahagiaan dan kegembiraan anda.  Anda mudah merasai kesedihan dan bersendirian jika tidak mendapat sesuatu yang diingini.  anda juga seorang yang cepat kecewa dan jika berlaku sesuatu kemalangan atau kematian, anda adalah orang yang paling sedih dan seolah-olah putus semua harapan dan anda tidak mahu meneruskan kehidupan...

3) jika anda mendapat markah yang sama dan seimbangkedua-duanya, anda pula adalah seorang yang seimbang, cenderung menjadi orang yang bergantung dan cenderung menjadi yang sebaliknya.  Anda seorang yang adakalanya mudah sedih dan adakalanya menjadi kuat.  sebaiknya setelah anda tahu keadaan emosi anda ini, anda boleh berusaha untuk menjadi seorang yang lebih berdikari dan tidak terlalu bergantung kepada sesuatu untuk bergembira.

jadi anda dalam kategori mana? selamat bermotivasi!

merindui

awak...dekat sini saya masih merindui...
boleh tak saya nak cakap dengan awk yang saya rindu sangat dengan awak...
boleh tak saya nak nampak awak walaupun sekali...
permintaan saya tak melampau kan...
awak jangan lupakan saya walaupun sekali tau...
saya tahu awak dekat sana ...dah tak ingat lagi kami yang masih di sini..
semoga awak damai di sana...
awak...saya rindu sangat dengan awak...
andai masa boleh diundur...
saya akan terus menjadi kawan awak...
selama-lamanya...
awak...saya sayang sangat awak...
sebagai tanda ingatan saya terhadap awak...
hanya al fatihah hadiah yang saya mampu beri kepada awak...
Al-Fatihah...

Tuesday, August 2, 2011

orang tua kaki ngadu

Pelik aku...tahu la kau tu pegawai tapi tak payah la nak menunjukkan sangat kuasa kau tu dekat orang lain...naik menyampah aku....macam tak padan jek umur tu da 40 lebih tapi ada hati nak mengadu mengadu kat orang laen...eeeeeeee  kekwat...poyo nak mampus...pastu ko ingat kitorang diam ni sebab kena sound la?? tak do makno eh...tunggu la time ko minta tolong nanti...siap la aku nak menjawab pe dengan ko nanti...hahahahaha!!!! (gelak jahat)
Ish ish ish...bebulan puasa ni buat kurang pahala puasa aku je...daripada 100% jadi 80% sebab mengutuk orang...now tinggal 70% sebab sakit hati ngan orang lain...nad nad nad...kalau hidup ni belajar la untuk bersabar...asyik nak marah je kan...tak pe tak pe...biarkan "dia" terjun dengan labu labunya...tak worth it pun ko nak marah sebab orang-orang yang macam tu...ahahahahahhah!! happy happy selalu! =)

Tuesday, July 19, 2011

sedihnya...

Hari ni hari pertama aku dekat bangunan baru office aku yang baru berpindah semula ke putrajaya...perasaan aku untuk pertama kalinya melihat keadaan pejabat aku (especially "tempat" aku)...terus terang aku akap...memang sedih...dan amat amat terkilan...aku dikejutkan dengan berita yang aku la satu satunya PA yang tak ada bilik...oooohhhh sungguh sedih...n agak terkilan sebab even budak KONTRAK pun ada yang dapat bilik...adilkah untuk aku ?? mesti lah tak adil...yang kedua aku agak terkilan aku hanyalah duduk di partition dan bukannya cubicle.....sepatutnya kalau tak der bilik sekalipun...bagi la aku cubicle pegawai...tapi tu la...aku pun malas la nak berbsising bising...apa yang aku dapat tu pun cukup la...(walauapun dalam hati aku sentiasa menidakkan apa yang telah aku dapat) tapi memang tidak adil...mentang mentang la bahagian aku ni kecil...bos aku pun jenis yang tak banyak keranah... sebolehbolehnya nak memperkecilkan kecilkan bahagian kami...kang kalau aku cakap cam ni mesti dorang cakap plak...."sape suruh ko pilih tempat yang kecik untuk bos ko?"....kalau itu la yang dorang cakap memang aku nak bagi sedas kat dorang...aku memang tau nak jawab pe...dah memang dorang semua rembat tempat cantik cantik...yang buruk buruk tu ko bagi la kat bahagian kitorang...korang juga yang cakap masa pemilihan tempat yang korang la yang berhak memilih tempat dulu...baru kami...pastu ader hati nak bidas macam tu....sorry to say la...aku tak tau la korang buat kerja macam macam mana...tapi "encik" itu lagi pandai buat kerja dari ko...sepanjang perpindahan kami ke bangunan sebelum ini berjalan dengan amat lancar...tak macam yang telah ko uruskan...barang kejap kat bangunan ni...kejap kat bangunan lain...mana satu yang betul ni...??last last skali ko lambak kat office yang tengah beroperasi...dah la berpindah pun perlu banyak kali...tau tak penat ?? tau tak?? ke sebab ko ni ****** sebab tu kerja berbelit belit...pening la kepala...aku mungkin la seorang PA yang biasa...tapi jangan lupa...setiap orang mempunyai kebebasan untuk bersuara...diam tak bererti kalah...jangan sampai satu hari nanti ko makan pula dengan kata kata yang aku dah pendam...sabar setiap orang ada hadnya...jangan igat sebab ko tu pegawai so kami kena bersujud nak hormat ko...sorry to say... i'm not that type of person who always listen to u...that is not me...and always nooooooooot me...and aku tahu ramai yang makan "dalam" dengan ko...jangan sampai ramai pula yang menyerang ko secara halus kemudian...fikir fikirkan la ye...bukan mengugut..tapi ni la kenyataan....

Thursday, July 7, 2011

tahap kefahaman di antara pegawai dan kakitangan sokongan

Situasi berlaku di tempat keje...berbeza jawatan...berbeza status...berbeza kelayakan pendidikan...
tapi kenapa ea?? kenapa kalau diajukan berkenaan pendidikan...kononnya orang yang tak der pendidikan tu dianggap terlampau mundur..?? kenapa? betul ke mundur?? tapi macam mana pula dengan orang yang berpelajaran tinggi tapi tidak menggunakan akal fikiran yang mendalam??ok...sepanjang tiga tahun aku kerja ni la yang aku nampak...bukannya auta...tapi ini adalah fakta...

Orang yang berpelajaran tinggi
orang mempunyai ilmu yang lebih tinggi...sebelum mendapat segulung diploma, ijazah, master or what so ever...diorang akan pergi untuk further study...kalau dah nama pun further study...diorang akan berjumpa dengan berbagai bagai ragam orang...situasinya amat berbeza...bukan macam zaman sekolah yang selama 11 tahun insyaallah kita akan berjumpa dengan orang yang sama...tu pun kalau tak pindah...kalau dah pindah tu lain pulak ceritanya nanti...hurmmm...korang bayangkan...bila da masuk ke peringkat pelajajran yang lebih tinggi...tak kira la masuk Universiti ke Politeknik ke...kat sini je diorang dah terima latihan "minda" yang pertama..tahu apa?? cara pergaulan...dekat situ lah diorang kene belajar untuk bawak diri...belajar untuk menghormati orang...di situ jugalah mereka belajar nilai nilai hidup...untuk lebih menghargai orang disekeliling...zaman belajar ni la nanti akan diorang rasakan yang diaorang akan kene buli...akan dipulaukan semuanya bergantung pada sikap individu itu sendiri...dalam masa yang sama belajar untuk berkomunikasi seterusnya menilai baik dan buruk keadaan di sekeliling...paham kan??


Tahap Medium

bukannya tak pandai atau tiada kelulusan yang bagus....sesetangah daripada mereka ni...mempunyai keputusan yang baik...tapi sesetengah daripada mereka ini tidak berkemampuan untuk menyambung kembali pengajian mereka...kesian kan?? ye la bukan semua orang bernasib baik...ada yang berkemampuan untuk menyambung pengajiannya walaupun kurang pandai...tapi parents mereka bernasib baik kerana mempunyai tahap kewangan yang kukuh...tapi bagi tahap medium ni...kehidupan mereka tidak berkembang seperti yang lain...mereka hanya duduk bersama ibu bapa...tidak bercampur dengan suasana yang luar...kalau bekerja pun...hanya berdekatan dengan sekitar rumah...jadi...kehidupan mereka tidak berkembang...berkemungkinan untuk 20 tahun mereka masih berada dikataran yang sama...bagaimana pertuturan masa zaman sekolah itu lah yang akan dibawa sehingga ke umur berapa sekalipun...berbeza dengan orang yang pernah berhijrah, menyambungkan pelajaran dan bercampur dengan masyarakat...mereka leboh pandai membawa diri...lebih pandai berututur dan pandai menjaga hati orang sekeliling...

Kerani / Staf sokongan

diorang ni kalau buat kerja tu mana yang bagus...bagus la...tapi mana yang kerja tak sebarapa sangat...tapi kalau bab bercakap ke apa ke dia la yang paling tiptop dan yang tak paham sangat kekadang dengan sikap kerani yang suka mengeluarkan ayat yang kurang enak untuk didengar...adakah disebabkan faktor tahap pendidikan?? entah la...tepuk dada tanya la iman...contohnya bila bab bergaduh n nak tunjukkan sapa yang paling hebat..kekadang ada yang sampai mengaibkan sesatu sama lain...kenapa mesti begitu?? adakah puas bila menjatuhkan maruah seseoang...bab yang ni aku sokong......memang berbeza dengan orang yang tahap pelajarannya lebih tinggi...bila pegawai mempunyai masalah untuk berkomunikasi dengan staff nya...dia akan cuba mencari pendekatan yang berhemah...cuba untuk tidak menunjukkan kuasanya...pertuturannya amat dijaga....dalam erti kata yang lain " berfikir dahulu baru cakap...dan...kalau mereka tak puas hati sekali pun....mereka tak akan melulu...mereka akan menggunakan bahasa sinis yang lembut....tapi dapat difahami...berbeza kan? tapi kenapa kalau turn kepada kerani...kerani tidak dapat berkomunikasi dengan bahasa yang lembut? fikir2 kan la...
ok...ni plak bab nak memback-up kerani...ada sesetengah kerani ni...bagus sangat bila kerja memang bagus...sampai kan kekadang bila mereka notice yang pegawai ada melakukan kesilapan mereka cuba untuk memberitahu dengan cara yang paling halus agar pegwai tidak terasa seperti yang "mereka akan diajar" oleh orang bawahan...tapi seringkali disalahfaham oleh pegawai...pernah berlaku depan mata aku...seorang rakan sepejabatku dimarah dengan ayat beging
"YOU SAPA NAK AJAR2 I???" bengis betul suara pegawai tu...sampaikan aku naik meluat...baru gred 41 dah nak tunjuk hebat sangat...padahal 41 je kot...belambak lagi officer 41 kat dalam office ni...pada aku tak payah nak tunjuk lagak...dan kadang-kadang terima je la teguran...bukannya teguran yang kasar...cuma memperingkan sahaja....apa masalahnya?? boleh melukakan maruah ke??

Pengurusan Professional / Pegawai

mungkin disebabkan mempunyai tahap pelajaran yang tinggi...kerja yang dilakukan oleh para pegawai dimasukkan dalam kumpulan "Pengurusan dan Profesional"....wah kalau dengar memang habis gah kan...tapi setanding la dengan usaha yang mereka telah habiskan untuk menggenggam ijazah, PhD ke...what so ever la...
kebanyakan daripada mereka memang aku tabik la...buat kerja dengan sangat berhemah...cara pertuturan yang berlapik agar tidak menyinggung staff sokongan...sentiasa memberi galakan setelah kerja dapat disempurnakan dengan ucapan" terima kasih atas pertolongan"....kalau staff sokongan dengar pun sejuk je hati...nak buat kerja pun seronok....tapi tak juga...mengikut pengalaman aku yang dah bekerja dalam pejabat selama tiga tahun...bukan semua pegawai bijak sebenarnya...ada juga yang masih ditakuk lama...entah apa yang difikirkan...mereka suka memandang rendah orang bawahan...aku tak tahu la...adakah hina sangat staff bawahan...pengalaman ini aku sendiri lalui...dia memang seorang pegawai yang paling dasyat aku pernah jumpa...dan setiap kali itu jugalah aku akan berfikir...belajar tinggi-tinggi ba****g bertingkat-tingkat...
untuk pengetahuan korang aku bukan lah mangsa yang pertama...antara kisah kisah bersama dia yang akan kongsikan adalah KAKI FITNAH paling besar...serius....ni bukan perkara main-main..selalu melaga-lagakan staff di sekeliling...pegawai aku juga tidak terkecuali...sampaikan ade seorang pegawai itu berair matanya menahan takanan "dia" kalau pasal aku jangan cerita la...memang berkepok kepok dia fitnah aku...memang aku tak nafikan yang aku kuat melawan sket...ye la...kalau benda tu benda yang mengaibkan aku memang aku akan fight...aku tak suka nanti sepanjang aku berkhidmat di office orang menuduh aku bebukan...pada aku ...biarlah semuanya clear...biar la dengan melawan sekalipun...atleast orang akan terfikir juga sama ada berita tu benar atau salah...teruklah aku kalau aku sentiasa "membenarkan" berita yang memang sah-sah tak benar...


kesimpulannya...

tidak kira la kita pangkat apa sekalipun...kerjalah dengan penuh keikhlasan dan penuh berhemah...pangkat dan darjat tu kita tinggalkan belakang cerita...seharusnya pegawai dan kakitangan sokongan kenalah bersatu dalam menjayakan kerja seharian di pejabat...terima atau tidak...sebenarnya kita lebih banyak menghabiskan masa di pejabat berbanding dengan menghabiskan masa di rumah...sifat atau sikap seseorang individu itu sangat penting...pertuturan dengan rakan seperjuangan amatlah penting untuk dijaga...barulah dapat menimbulkan suasana kerja yang gembira...

* di atas adalah kisah kehidupan saya sebagai kakitangan di pejabat saya sahaja...sekian untuk makluman