hihihi! entah sapa la yang print kan kertas ujian maklum balas ni dekat meja aku...aku tengok tajuk dia macam menarik...katanya ujian kegembiraan dan kesedihan...ni kiranya macam nak uji la sejauh mana kehidupan kita selama ni...gembira atau tak...jom kita layan ujian ni...!
Ujian kegembiraan dan kesedihan anda...
Di sini kami sediakan satu ujian untuk menguji sejauh mana anda gembira dengan kehidupan ini dan adakah anda benar benar bahagia dengan apa yang anda ada sekarang.
1) langkah pertama
senaraikan 10 perkara yang membuatkan anda gembira (berkaitan kehidupan/keluarga/diri/anugerah atau sebagainya)
2) langkah kedua
setelah anda menyenaraikan kesemua sepuluh perkara tersebut, jadi sekarang anda tukarkan perkara yang menggembirakan itu kepada sebaliknya. Jika anda tidak dapat memiliki atau merassai kegembiraan itu, adakah anda masih gembira tanpanya ataupun anda akan berada dalam kesedihan?
Jawapannya
1) jika anda mendapat "saya masih gembira..." itu lebih banyak, bermakna anda ialah seorang yang bersyukurdan tidak mudah bersedih jika tidak dapat memiliki sesuatu itu. anda juga seorang yang boleh berdiri sendiri dan boleh mencipta kebahagian walaupun tanpa bantuan orang atau perkara yang lain. anda mudah merasa puas hati dengan sesuatu perkara yang anda lakukan atau miliki, jadi jika anda tidak berjaya juga ia tidak memberi kesan yang besar dalam kehidupan anda.
2) jika anda mendapat banyaj "saya akan bersedih....." itu lebih banyak, bermakna anda seorang yang terlalu bergantung dengan sesuatu dan orang untuk menjamin kebahagiaan dan kegembiraan anda. Anda mudah merasai kesedihan dan bersendirian jika tidak mendapat sesuatu yang diingini. anda juga seorang yang cepat kecewa dan jika berlaku sesuatu kemalangan atau kematian, anda adalah orang yang paling sedih dan seolah-olah putus semua harapan dan anda tidak mahu meneruskan kehidupan...
3) jika anda mendapat markah yang sama dan seimbangkedua-duanya, anda pula adalah seorang yang seimbang, cenderung menjadi orang yang bergantung dan cenderung menjadi yang sebaliknya. Anda seorang yang adakalanya mudah sedih dan adakalanya menjadi kuat. sebaiknya setelah anda tahu keadaan emosi anda ini, anda boleh berusaha untuk menjadi seorang yang lebih berdikari dan tidak terlalu bergantung kepada sesuatu untuk bergembira.
jadi anda dalam kategori mana? selamat bermotivasi!
No comments:
Post a Comment