Thursday, July 7, 2011

tahap kefahaman di antara pegawai dan kakitangan sokongan

Situasi berlaku di tempat keje...berbeza jawatan...berbeza status...berbeza kelayakan pendidikan...
tapi kenapa ea?? kenapa kalau diajukan berkenaan pendidikan...kononnya orang yang tak der pendidikan tu dianggap terlampau mundur..?? kenapa? betul ke mundur?? tapi macam mana pula dengan orang yang berpelajaran tinggi tapi tidak menggunakan akal fikiran yang mendalam??ok...sepanjang tiga tahun aku kerja ni la yang aku nampak...bukannya auta...tapi ini adalah fakta...

Orang yang berpelajaran tinggi
orang mempunyai ilmu yang lebih tinggi...sebelum mendapat segulung diploma, ijazah, master or what so ever...diorang akan pergi untuk further study...kalau dah nama pun further study...diorang akan berjumpa dengan berbagai bagai ragam orang...situasinya amat berbeza...bukan macam zaman sekolah yang selama 11 tahun insyaallah kita akan berjumpa dengan orang yang sama...tu pun kalau tak pindah...kalau dah pindah tu lain pulak ceritanya nanti...hurmmm...korang bayangkan...bila da masuk ke peringkat pelajajran yang lebih tinggi...tak kira la masuk Universiti ke Politeknik ke...kat sini je diorang dah terima latihan "minda" yang pertama..tahu apa?? cara pergaulan...dekat situ lah diorang kene belajar untuk bawak diri...belajar untuk menghormati orang...di situ jugalah mereka belajar nilai nilai hidup...untuk lebih menghargai orang disekeliling...zaman belajar ni la nanti akan diorang rasakan yang diaorang akan kene buli...akan dipulaukan semuanya bergantung pada sikap individu itu sendiri...dalam masa yang sama belajar untuk berkomunikasi seterusnya menilai baik dan buruk keadaan di sekeliling...paham kan??


Tahap Medium

bukannya tak pandai atau tiada kelulusan yang bagus....sesetangah daripada mereka ni...mempunyai keputusan yang baik...tapi sesetengah daripada mereka ini tidak berkemampuan untuk menyambung kembali pengajian mereka...kesian kan?? ye la bukan semua orang bernasib baik...ada yang berkemampuan untuk menyambung pengajiannya walaupun kurang pandai...tapi parents mereka bernasib baik kerana mempunyai tahap kewangan yang kukuh...tapi bagi tahap medium ni...kehidupan mereka tidak berkembang seperti yang lain...mereka hanya duduk bersama ibu bapa...tidak bercampur dengan suasana yang luar...kalau bekerja pun...hanya berdekatan dengan sekitar rumah...jadi...kehidupan mereka tidak berkembang...berkemungkinan untuk 20 tahun mereka masih berada dikataran yang sama...bagaimana pertuturan masa zaman sekolah itu lah yang akan dibawa sehingga ke umur berapa sekalipun...berbeza dengan orang yang pernah berhijrah, menyambungkan pelajaran dan bercampur dengan masyarakat...mereka leboh pandai membawa diri...lebih pandai berututur dan pandai menjaga hati orang sekeliling...

Kerani / Staf sokongan

diorang ni kalau buat kerja tu mana yang bagus...bagus la...tapi mana yang kerja tak sebarapa sangat...tapi kalau bab bercakap ke apa ke dia la yang paling tiptop dan yang tak paham sangat kekadang dengan sikap kerani yang suka mengeluarkan ayat yang kurang enak untuk didengar...adakah disebabkan faktor tahap pendidikan?? entah la...tepuk dada tanya la iman...contohnya bila bab bergaduh n nak tunjukkan sapa yang paling hebat..kekadang ada yang sampai mengaibkan sesatu sama lain...kenapa mesti begitu?? adakah puas bila menjatuhkan maruah seseoang...bab yang ni aku sokong......memang berbeza dengan orang yang tahap pelajarannya lebih tinggi...bila pegawai mempunyai masalah untuk berkomunikasi dengan staff nya...dia akan cuba mencari pendekatan yang berhemah...cuba untuk tidak menunjukkan kuasanya...pertuturannya amat dijaga....dalam erti kata yang lain " berfikir dahulu baru cakap...dan...kalau mereka tak puas hati sekali pun....mereka tak akan melulu...mereka akan menggunakan bahasa sinis yang lembut....tapi dapat difahami...berbeza kan? tapi kenapa kalau turn kepada kerani...kerani tidak dapat berkomunikasi dengan bahasa yang lembut? fikir2 kan la...
ok...ni plak bab nak memback-up kerani...ada sesetengah kerani ni...bagus sangat bila kerja memang bagus...sampai kan kekadang bila mereka notice yang pegawai ada melakukan kesilapan mereka cuba untuk memberitahu dengan cara yang paling halus agar pegwai tidak terasa seperti yang "mereka akan diajar" oleh orang bawahan...tapi seringkali disalahfaham oleh pegawai...pernah berlaku depan mata aku...seorang rakan sepejabatku dimarah dengan ayat beging
"YOU SAPA NAK AJAR2 I???" bengis betul suara pegawai tu...sampaikan aku naik meluat...baru gred 41 dah nak tunjuk hebat sangat...padahal 41 je kot...belambak lagi officer 41 kat dalam office ni...pada aku tak payah nak tunjuk lagak...dan kadang-kadang terima je la teguran...bukannya teguran yang kasar...cuma memperingkan sahaja....apa masalahnya?? boleh melukakan maruah ke??

Pengurusan Professional / Pegawai

mungkin disebabkan mempunyai tahap pelajaran yang tinggi...kerja yang dilakukan oleh para pegawai dimasukkan dalam kumpulan "Pengurusan dan Profesional"....wah kalau dengar memang habis gah kan...tapi setanding la dengan usaha yang mereka telah habiskan untuk menggenggam ijazah, PhD ke...what so ever la...
kebanyakan daripada mereka memang aku tabik la...buat kerja dengan sangat berhemah...cara pertuturan yang berlapik agar tidak menyinggung staff sokongan...sentiasa memberi galakan setelah kerja dapat disempurnakan dengan ucapan" terima kasih atas pertolongan"....kalau staff sokongan dengar pun sejuk je hati...nak buat kerja pun seronok....tapi tak juga...mengikut pengalaman aku yang dah bekerja dalam pejabat selama tiga tahun...bukan semua pegawai bijak sebenarnya...ada juga yang masih ditakuk lama...entah apa yang difikirkan...mereka suka memandang rendah orang bawahan...aku tak tahu la...adakah hina sangat staff bawahan...pengalaman ini aku sendiri lalui...dia memang seorang pegawai yang paling dasyat aku pernah jumpa...dan setiap kali itu jugalah aku akan berfikir...belajar tinggi-tinggi ba****g bertingkat-tingkat...
untuk pengetahuan korang aku bukan lah mangsa yang pertama...antara kisah kisah bersama dia yang akan kongsikan adalah KAKI FITNAH paling besar...serius....ni bukan perkara main-main..selalu melaga-lagakan staff di sekeliling...pegawai aku juga tidak terkecuali...sampaikan ade seorang pegawai itu berair matanya menahan takanan "dia" kalau pasal aku jangan cerita la...memang berkepok kepok dia fitnah aku...memang aku tak nafikan yang aku kuat melawan sket...ye la...kalau benda tu benda yang mengaibkan aku memang aku akan fight...aku tak suka nanti sepanjang aku berkhidmat di office orang menuduh aku bebukan...pada aku ...biarlah semuanya clear...biar la dengan melawan sekalipun...atleast orang akan terfikir juga sama ada berita tu benar atau salah...teruklah aku kalau aku sentiasa "membenarkan" berita yang memang sah-sah tak benar...


kesimpulannya...

tidak kira la kita pangkat apa sekalipun...kerjalah dengan penuh keikhlasan dan penuh berhemah...pangkat dan darjat tu kita tinggalkan belakang cerita...seharusnya pegawai dan kakitangan sokongan kenalah bersatu dalam menjayakan kerja seharian di pejabat...terima atau tidak...sebenarnya kita lebih banyak menghabiskan masa di pejabat berbanding dengan menghabiskan masa di rumah...sifat atau sikap seseorang individu itu sangat penting...pertuturan dengan rakan seperjuangan amatlah penting untuk dijaga...barulah dapat menimbulkan suasana kerja yang gembira...

* di atas adalah kisah kehidupan saya sebagai kakitangan di pejabat saya sahaja...sekian untuk makluman


1 comment: