Thursday, March 31, 2011

CINTA ,BELAJAR,KERJA??



Kenapa budak-budak sekolah suka cerita pasal cinta?

Sampai sekarang aku masih tertanya-tanya kenapa budak budak sekolah suka sangat cerita pasal-pasal cinta...pelik betul...pada hal umur-umur macam tu la kena belajar...kalau la boleh buat research pasal budak-budak sekolah ni..memang aku nak buat...aku nak tau apa isi hati budak-budak sekolah....apa yang diorang pikir dengan umur-umur macam tu...??

Aku masih ingat masa zaman sekolah...masa tu cita cita aku tak tinggi mana...aku cuma harap aku dapat menghabiskan sekolah je massa tu...aku betul-betul tak tahu nak jadi apa lepas da habis sekolah nanti...apa yang aku tahu aku cuma nak bekerja je...tak kisah la apa jenis pekerjaan...

Tapi aku silap...lepas aku habis sekolah...bila aku tengok semua kawan kawan sekolah aku sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi aku mula cemburu...apa yang aku tahu masa tu cuma macam mana cara aku nak sambung belajar...keputusan aku tidaklah sehebat mana...tapi masih boleh jika ingin menyambung semula pelajaranku...bermacam-macam cara yang aku lakukan...aku masih ingat lagi...aku menghantar semua borang permohonan untuk kemasukan ke insstitusi-institusi mengikut kelayakan aku....tapi malangnya...kesemuanya ditolak...aku sudah berputus asa ketika itu...
sedang aku dalam gelisah...aku telah menerima keputusan untuk menyambung pelajaran ke Politeknik KPTM...aku amat bersyukur...rupa-rupanya masih ada sinar untuk aku menyambung semula pelajaran aku...lantas tanpa membuang masa aku terus menjawab borang pengesahan penerimaan...aku bersyukur sangat...rupa-rupanya Allah SWT masih sayangkan aku...dan atas kesyukuran itu...aku  belajar dengan tekun semasa berada di Politeknik...aku berjaya menghabiskan pelajaran bersama-sama rakan kelasku...kini aku sudah pun menjawat jawatan setiausaha di Pejabat Kerajaan....walaupun aku telah tamat kan pelajaran ku dalam DIPLOMA....niat untuk aku menyambung pelajaran ke tahap tertinggi tidak pernah padam...cuma waktu sahaja yang tidak mengizinkan aku untuk menyambung pelajaranku semula....walaubagaimanapun, aku amat bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan padaku...terima kasih ya Allah...

No comments:

Post a Comment