blogwalking day'
Seronok betul aku blogwalking hari ni...macam macam blog yang aku masuk...beautifulnara la...lensa rosak la...haniszalikha la...macam-macam blog la pendek kata...tapi ada satu entri ni, buat mata aku terjolok sikit la...entri ni pasal artis perempuan yang aku kira masih muda....pakaiannya memang tak senonoh...memang menjolok mata abis! kiranya kalau lelaki lelaki lain tengok ini perempuan..... kompem sekompem kompemnya idOng mesti berdarah....menggoda gila nak mamppp...aku yang perempuan ni pun mata dah terjojol apatah kaum lelaki....mesti terjojol dengan gembiranya...
lalu~ aku membelek-belek belek belek punya la lama. aku belek gambar-gambar seksi artis perempuan malaysia (yang omputih tak payah cakap la)...tetiba aku teringat satu isu artis lelaki yang pernah menggemparkan negara dengan membuka serta membaling baju pada hari konsert..kononnya artis lelaki tu macam bogel la...pada hal bukan tak berbaju jek...berseluar tu masihh...(bogel ke?? aku rasa tak kot kalau setakat buka baju) nama tu tak payah la disorok lagi...Faizal Tahir...tapi kan...korang tak pelik ke?? kenapa isu FT tu kecoh sangat-sangat...sedangkan...bukannya FT tu boleh tunjuk apa-apa pun...apa benda yang menarik sangat kat FT sampai kecoh satu negara ni?? yang aku tak paham siap kene hukuman lagi...kesian FT...kalau aku jadii FT mesti aku menangis-nangis hempas hempas kaki tanda protes tak setuju kenapa aku sorang je kene hukuman tu tapi tidak orang lain...kesiannnnnn FT...
sengaja aku letak gambar anime...kang kalau aku letak gambar artis pempuan ke apa ke mahu kena saman nanti...tak pasal-pasal jek~
Berlainan pulak dengan artis perempuan...kalau nak diikutkan memang dah terbogel dah tapi tak pernah pulak aku dengar isu apa-apa...pada hal...memang sah-sah tersembulnya bulatan-bulatan yang aku kira amat buruk kalau dilihat (bagi lelaki mungkin la cute") pastu dah la tak pakai baju...pakai tiub plak tu...siap baring kat tepi kolam buat muka mengghairahkan....seluar entah kemana kain entah ke mana...ohhh!! tolong laa...entah apa niat dia entah...dah la tak popular mana....mesti nak mencari publisiti murahan...perempuan hai lah perempuan...kenapa la dengan mudahnya mempamirkan keindahan diri buat tontotan umum.....lagi satu bagi yang pakai skirt atau seluar...aku rasa mungkin tak sampai sejengkal boleh nampak "harta karun" ...pelik...tapi itu la yang sebenar-benarnya gaya artis perempuan zaman sekarang...nak cari yang tutup pun aku rasa dalam sorang dua je kot.....kalau ya pun nak seksi...berpada-pada la....bukannya tak boleh pakai seksi....boleh...tapi biarla kene pada gaya...kalau atas dah terbuka luas, bawah pun terbuka luas...semua-semuanya untuk tontonan umum...apa lagi yang dapat kita simpan untuk diri kita...??
tidak perlu berpakaian seksi untuk menyerlahkan kecantikan diri....cantik dan seksi merupakan subjektif...mungkin ada yang mengatakan pakai seksi itu seksi...memang la seksi kak oi...da awak pakai macam tu....tapi pendapat aku berbeza dalam perilaku yang seksi ini...pada aku lenggok seseorang itu juga boleh melihatkan seseorang itu kelihatan seksi dengan cara yang berbeza...lirikan mata...senyuman manis...sifat yang sopan santun juga satu sifat yang aku kategorikan sebagai seksi dan cukup untuk menggetarkan hati bagi sesiapa yang melihat...betul kan...?
tengok cantikkan?? pada aku gambar ni nice...tidak seksi...hanya bermain dengan lirikan mata dan senyuman manis cukup untuk membuatkan maya karin kelihatan seksi..
seksis
No comments:
Post a Comment