Monday, March 21, 2011

siti nurhaliza-joget kasih tak sudah




awan bergulung tuan di hari senja
nampak berbalam biru warnanya
tuan digunung paya hamba di paya
dalam jambangan temu
ingin bersama

terbang serindit tuan dengan kedidi
singgah di kayu di rumpun kayu
kasih menitik tuan basah tak jadi
walau bertahun rindu
menanggung rindu

hati ku yang resah 
ku bawa berdendang memujuk diri di jeling tidak
sepantun berdendang
dondang lah asmara
cuma igauan dalam igauan

berdendang hamba tuan bertepuk tuan
senyum  dibibir hati berduka..
kasih diberi orang dijeling orang
terasa hiba tidak terkira

sudilah tuan nyanyi bersama
alunan lagu hai kasih tak sampai
susunlah langkah layu di muka
tanda di hati hai
masih berdarah

pantun berpantun tuan
mak andam sayang
berjual beli pantun melayu 
walau di alun tuan gurindam sayang 
luka di hati orang tak tahu

ku sulam kasih emas berbenang emas
orang bertaruh baiknya rupa
walaupun kasih balas tidak berbalas
tidak ku kesal itu jadinya

sila nikmati lagu melayu asli dendangan siti nurhaliza...sungguh indah dan penuh dengan kiasan..

No comments:

Post a Comment