Tuesday, April 19, 2011

agak agak korang...


Agak agak korang la kan…kerja sebagai setiausaha ni senang ke susah…?ala jawab je la…seikhlas hati korang ok…saje nak dengar pendapat korang…ada yang kata kerja kitorang ni sekadar menggoyang kaki…menggoda bos...bermain-main di office dengan mempamerkan keindahan wajah memasing...bergaya tak tentu hala mengalahkan badut kat dalam circus tu....betul ke??? Hurmmmm…tak tau la kan…dah macam aku cakap tadi…tu semua pendapat korang masing-masing tapi kalau korang piker macam tu memang salah la kan…aku bukannya cuba untuk mendefencekan diri aku mahupun setiausaha setiausaha yang lain….mungkin ada juga yang setiausaha yang bermasalaah...tapi segelintir dua sahaja...bukan semua...

Cerita tentang aku sebagai setiausaha....

Pagi-pagi dah kene mengadap bos....kawan-kawan yang lain senang sahaja berkeliaran pada waktu pagi untuk mencara breakfast memasing...tapi kami yang sebagai setiausaha harus menahan lapar dan dahaga disebabkan pagi pagi lagi office dah kosong dan tak ada staff di tempat memasing...kalau office aku 15 orang...pagi pagi tinggal la aku sorang sementara nak tunggu semua kawan2 (especially staff sokongan la...takkan pegawai kot) orang masuk balik lepas makan kekadang lama...takkan nak suruh pegawai plak yang gantii tempat aku untuk menjawab telefon bagai...untuk membuang air kecil pun kami terpaksa bertahan...mana la tahu ada incoming call yang penting ke...kalau tak berangkat nanti telefon tu...kami la orang yang pertama sekali kene marah...ini baru bab makan pagi..belum lagi bab bab lain...kalau nak diceritakan memang banyak dan menyakitkan ati...tapi tu la...dah nama pun kerja...kita tak boleh la merungut...dah kita dipilih sebagai setiausaha...kene la terima dengan jenis tugas seorang setiausaha...kalau tak maki hamun tu bukan setiausaha la...ye la...kitorang semua ni kan tak der perasaan...

Surat-surat yang aku selenggara setiap hari...

Setiap hari setiausaha memang akan terima banyak surat...dan surat surat tu, of course la kitorang yang kene tapis...kalau kitorang tak tapis...sape yang nak tapis surat tu?? macam la orang lain rajin nak melayan tugasan ko wahai cik setiausaha...nak atau takk nak...itu memang la tugasan hakiki setiausaha....yang menjadi masalah ni pulak...kekadang surat yang kita terima tu hilang...ok macam mana boleh hilang?? memang la boleh hilang kalau seorang pegawai tu nampak nama dia naik terus ambil surat tu walaupun dia orang ni sedar yang surat tu belum pun di sahkan / dimintkan oleh bos...kenapa dia orang buat macam tu?? alasan dia mudah...katanya nak segera...pada hal surat tu lagi 2 bulan encik officer tu kene pergi...entah apa yang dia orang rushing kan aku pun tak paham....yang membuatkan aku marah kekadang tu...surat yang encik officer tu hilang di tangan dia orang sendiri dan dengan sesedap hatinya menuduh la setiausaha yang hilang kan....OMG! apa kejadah kitorang nak hilangkan surat tu....salah korang la....sape suruh korang pakai amik tak tunggu untuk diminitkan...aku paling benci kalau kejadian untuk menyalahkan satu sama lain...cukup bosan n muak dengan perangai officer yang tak sudah sudah mahu menuduh...yang best nya pulak...jumpa bos pasttu suka la cakap yang kitorang ni memang kaki menghilangkan surat...yang diri sendiri tu tak cermin pulak ya??

Balik lambat...kekadang kene kerja lebih masa untuk menyelesaikan tugasan yang penting....

Dengar macam simple...aku akui...bukan sekadar setiausaha yang selalu balik lambat disebabkan urusan pejabat yang menimbun...kekadang urusan-urusan macam ni...kerani pun kena balik lambat...cuma apa yang aku nak berkongsi kat sini ialah cara pemikiran orang lain yang kekadang beyond expectation....setengah orang kata...
"ala...setiausaha tu balik lambat...bukan buat kerja pun...tapi sebenarnya main facebook..."

betul ke?? korang memang fikir kitorang balik lambat sebab benda benda bodoh macam tu ke?? ok...itu pendapat korang...bukan pendapat aku...tapi bagi aku la...setakat balik lambat untuk main game atau surfing internet bagai..lebih baik surf dekat rumah...sekarang ni promosi penggunaan broadband dah meluas...eventhough studen pun mampu untuk memiliki broadband...tipu la kalau nak kata setiausaha tak mampu untuk  beli.....setakat komitmen untuk broadband 40 ringgit..apa sangat....itu sume korang kira la makan mcd sebanyak 4 kali...betul kan??tambahan pula setiausaha memang memerlukan broadband demi menerima tugasan dari semasa ke semasa hattta sekalipun sedang bercuti...
tak dinafikan...ada setiauasaha yang kerjanya lebih menjurus kepada santai...bagus...kerana mungkin bahagian  tersebut...telah mengagihkan kerja dengan teratur dan mempunyai pengurusan staf yang tinggi....pendek kata memang bagus...semua urusan pejabat lebih tersusun....tetapi bagaimana pula jika bahagian tersebut mempunyai staff yang kurang berbanding staff di bahagian yang lain?? kesian tau...semua kerja terpaksa dilambbakkan kepada setiausaha...nak tak nak kene juga siapkan kerja tu...takkan nak dibiarkan macam tu je......kalau sepatutnya jam 5.00 petang da balik...terpaksa la balik pukul 9 malam demi mengerjakan urusan yang tidak dapat diselesaikan...kan da balik lambat namanya....

WILL UPDATE LATER~

Monday, April 18, 2011

TODAY IS MY BIRTHDAY!

Kawan-kawan hari ni hari apa?? (tersenyum sorang sorang sambil buat muka gedik yang buat orang menyampah....euwwwwwwwwww) sungguh tak malu kan aku bertanya pada kalian berkenaan hari ni..sudah terang lagi bersuluh akan tajuk di atas! mwahahahahaha! tak pe lah...kalau korang tak nak sebut biar aku sebut kan dekat korang semua....hari ni.....hari.......hari ni.......
Ok la....tak mo berteka teki lagi.....Hari ni merupakan hari yang bersejarah untuk aku...ye la...ulang tahun aku dilahirkan ke dunia ini... Ulang tahun yang ke berapa?? ulang tahuan yang ke 24 (sendiri tanya sendiri yang jawab....hahahaha)...hurmmm...walaupun aku tak pernah mendengar keluhan kasih sayang yang sebenar daripada mak dengan ayah ku...tapi aku yakin ...pada 24 tahun yang lepas merupakan tahun yang menggembirakan bagi mak n ayah ku..kerana selamat melahirkan anak yang ke empat...di sini aku nak ucapkan terima kasih kepada mereka berdua...tanpa mereka tiadalah aku di dunia ini...terima kasih mak ayah!...

Dan sempena hari lahirku yang ke - 24 ni...aku sedang berkira-kira...apa yang perlu aku buat agar hari yang indah ini tidak terlepas macam tu je...korang rasa-rasa...korang boleh tak bagi cadangan bagai kat aku...apa yang aku nak buat pada hari bersejarah ni?? patut tak aku pi karok ke...terjun bangunan ke...pendek kata apa-apa yang seronok la...so far aku tak dapat pikir pun apa yang aku nak buat...

Masih lagi terfikir apa yang aku  nak buat....uishhhhh...bosannya kalau banyak sangat berfikir nak buat apa....

Tapi hari masih berjalan dan aku masih berada di pejabat...
tapi ateleast gembira gak...zila kawan rumah aku...entah dari mana belikan aku kek  secret recipe~~ ssecret recipe tau (sungguh batak aku ni)sempena hari jadi aku yang patut dikira dah tua n tak payah la nak sambut sambut! ye dak??...gembiranya bukan kepalang...atleast ada juga kek walaupun aku dah besar...kepada zila terima kasih ya sebab mengingati hari bersejarah ku ini...

Sayang ko!  mwahahahahahaha!

Dan balik kerja karang baru aku fikir nak buat apa...so far tak boleh nak pikir apa-apa sangat...cause ada banyak yang kerja yang menanti aku skarang ni...k la will up date later~ choooowwwwwwwww!

Thursday, April 14, 2011

suria

suria tetap akan datang...betul kan??
jadi jangan lah bersedih terhadap sesuatu perkara yang mungkin berlaku...
hadapilah ia dengan setabah mungkin...
aku bukanlah seorang yang tabah...
tapi aku juga pernah melalui saat-saat di mana tiada sesiapa yang ingin mendengar luahan hati...
tapi aku berjaya mengatasi...
suria tetap menjelma walaupun setelah hujan...
faham kan maksud aku...?

(^______________^)

Wednesday, April 13, 2011

pengabaian

Terlajak perahu boleh diundur tetapi terlajak waktu.....memang sah-sah tak kan terundur punyer....kadang-kadang aku rasa sayu sangat bila teringat masa masa lepas aku sebagai seorang insan yang bergelar manusia...

Bila teringat yang zaman sekolah aku berlepas begitu sahaja terasa seperti menyesal tidak berbuat sesuatu yang terbaik untuk diri sendiri....masa zaman di IPTA juga begitu...tetapi ketika itu aku rajin untuk mengulangkaji pelajaran..jujur sejujunya aku akui aku tidak hebat dalam bersosial...ya la......nak berkawan dengan orang yang ada rupa jek...untuk aku yang biasa-biasa ni tak de la dia orang nak tegur...tapi tak kisah...as long ader mereka, rakab baikku, aku, aku da cukup bahagia...memang bahagia..aku bahagia dengan caraku sendiri...buat apa aku meniru cara orang lain untuk kepuasan mereka...jadi diri sendiri lebih baik kan...? .tapi ini bukanlah point yang sebenarnya....cerita ini hanyalah ringan berbanding cerita yang perlu aku lupakan...cerita apa? cerita masa lalu...

ya...ini semua cerita lama...cerita yang sepatutnya aku abaikan 5 tahun lepas dan tak perlu untuk aku ungkit dan ingati...tak perlu untuk aku ceritakan pada umum...cukuplah untuk aku sendiri sahaja yang mengetahui kisah itu...tapi entah kenapa...mungkin aku terkenang semula bila aku terdengar dendangan lagu itu...lagu kenangan....semakin mengingati...semakin terkilan...semakin mengingati semakin sedih...
aku sedih  ...benarkah aku yang mengabaikan dia...? ya mungkin benar....
aku tidak mempedulikan orang yang aku sayang...
aku selalu melukakan hati dia...cuma satu je...
aku harap dapat menjadi yang terbaik untuk  insan yang bakal bergelar tunanganku....
jarang untuk aku ungkapkan aku sayangkan dia...
tapi biarlah dia dan aku sahaja yang mengetahuinya...
aku tak mahu sejarah lama berulang...
aku tak nak perasaan sesal tu kembali...
aku sayang sangat dia...
biarpun dia tak pernah dengar luahan hati aku yang ikhlas...
aku cuma harap dia dapat memahami...
yang lepas biar la lepas...
jangan dikenang perkara yang lalu...

Wednesday, April 6, 2011

Lat The Musical~

nanti teman ceghite tentang lat the musical...teman nak upload gambo dulu~

Nasi Lemak Berjemaah~

Ohhh!! rasanya macam dah lama tak makan berjemaah dengan kawan-kawan sekerja... hari ni officer kami en. kamal yang nun jauh berada di kota kinabalu telah belanja kami sarapan pagi nasi lemak...entah kenapa aku excited sangat....aku pun lalu bancuh membancuh la buat air teh...! seronoknya bukan kepalang....! mungkin hari ni laen sket kot...harapan memang tercapai! kami semua dapat makan sama-sama...tapi......................bosannya...kalau makan pagi sama-sama tak payah la asyik cerita pasal kerja....cerita la perihal yang menggembirakan...tak pe lah anyway still happy~ (^_^)

Tuesday, April 5, 2011

hargai mereka sementara masih ada~

Kita selalu dengar orang ungkapkan perkataan seperti di atas...tidak semestinya ayat di atas di tujukan pada ibu bapa sahaja...bahkan pada sesiapa jua...


Aku masih teringat...satu ketika dahulu aku mempunyai seseorang yang dikatakan mempunyai hubungan  kekeluargaan yang rapat denganku...tapi mungkin disebabkan sifatnya yang agak kurang menyenangkan...aku berjauhan hati dengan dia...sehinggakan satu ketika dia jatuh sakit...bukan sakit yang biasa....sakit yang kronik...pada mulanya aku yakin yang dia akan sihat seperti sediakala...tapi aku silap...sakitnya semakin hari semakin tenat...orang ramai mula berkunjung menziarahi dia...sehinggalah pada suatu hari...aku telah menerima panggilan kejutan daripada seseorang bahawa sewaktu dalam perjalanan untuk bertukar ke hospital yang lain dia telah menghembuskan nafasnya yang terakhir ..aku berasa amat terkejut dan amat terkilan...aku tidak sempat untuk memohon maaf padanya...sepanjang perjalanan menuju ke rumah arwah aku hanya menangis tidak berhenti henti...ketika itu bermacam-macam yang bermain di kepala ku...

"kalau lah aku rapat dengan dia...mendengar segala penat lelahnya kan bagus...."
"kalau lah aku boleh membantunya dari segala segi kan bagus...."
"kalau lah boleh aku membantunya semasa dia masih sihat kan bagus...."
"kalau lah aku rapat dengan dia....mesti semua perasaan kesal ini akan hilang..."
"kalau lah boleh aku bagi tahu dia...jauh di sudut hati aku amat kesal dengan perbuatanku..."
"kalau lah boleh ....aku ingin meminta maaf di atas segala kesilapanku terhadap dirinya selama ini...
"kalau lah aku boleh beritahu dia aku SAYANGKAN dia..."

Tapi aku tahu....semuanya dah terlewat...dia tidak mungkin lagi kembali ke sisi kami...dia telah ke sana...ke alam fana yang memang dijanjikan untuk sekalian umat....aku amat terasa akan kehilangannya...untuk sebulan yang pertama aku menjadi seorang yang murung...air mata lah yang paling setia menemani aku...aku amat sesal...kenangan lama antara aku dan dia mula melayar di mata...aku teringat pesanan dri arwah sebelum dia meninggal...katanya...dia mungkin tidak sempat untuk menghadiri majlis bersejarah ku.....kalau lah penyakitnya boleh dibuang dengan wang...sanggup aku berusaha agar dia tidak "hilang" dari kami...tapi apakan dia...ajal maut semuanya kuasa Allah SWT...

Semenjak daripada perkara ini...aku mula berjanji dengan diriku agar lebih menghargai orang di sekelilingku...tidak kira bagaimana teruk sekalipun layanan mereka terhadapku aku terima...aku tidak ingin kemudian hari nanti aku merana disebabkan sifat egoku sendiri...aku tidak mahu lagi merasa kehilangan dan derita disebabkan diri aku sendiri...kita tidak tahu bagaimana keadaan hidup kita...mungkin hari ini kita masih mampu menghidup udara segar...kita masih mampu bergembira....masih mampu untuk melihat keindahan alam ini...dapat merasakan kasih sayang daripada insan-insan lain...tapi bagaimana pula pada hari esok...kisah "dia" memang menjadi pengajaran yang terbesar dalam hidup aku...pesanan aku hanya satu...

Hargailah mereka sementara mereka masih ada...

hari ini saya puasa

Hari ni aku puasa...agak agak nya apa yang aku nak masak untuk berbuka nanti ya...hurmmm...aku ingat nak tengok  apa yang aku boleh masak untuk berbuka nanti...atau patut ke aku makan buah buahan jek untuk berbuka..boleh jimat duit, dalam masa yang sama boleh kurangkan kadar pengambilan makanan...kalau berterusan macam ni boleh ke kurus ya?

Friday, April 1, 2011

terima kelemahan diri sebagai satu kelebihan

kenapa sesetengah individu tidak boleh menerima kekurangan diri sendiri? even aku sendiri pun susah untuk menerima kekurangan diri...tapi setelah aku mengambil kira segala persegi...aku gembira dengan menjadi diri aku sendiri...walaupun aku kekurangan dari sesuatu segi...tapi aku masih mempunyai banyak kelebihan yang lain....dan aku bangga dengan kelebihan yang diberi oleh Allah...terimalah diri kita seaanya pandanglah kelemahan kita sebagai kelebihan untuk diri kita sendiri...