Kawan-kawan hari ni hari apa?? (tersenyum sorang sorang sambil buat muka gedik yang buat orang menyampah....euwwwwwwwwww) sungguh tak malu kan aku bertanya pada kalian berkenaan hari ni..sudah terang lagi bersuluh akan tajuk di atas! mwahahahahaha! tak pe lah...kalau korang tak nak sebut biar aku sebut kan dekat korang semua....hari ni.....hari.......hari ni.......
Ok la....tak mo berteka teki lagi.....Hari ni merupakan hari yang bersejarah untuk aku...ye la...ulang tahun aku dilahirkan ke dunia ini... Ulang tahun yang ke berapa?? ulang tahuan yang ke 24 (sendiri tanya sendiri yang jawab....hahahaha)...hurmmm...walaupun aku tak pernah mendengar keluhan kasih sayang yang sebenar daripada mak dengan ayah ku...tapi aku yakin ...pada 24 tahun yang lepas merupakan tahun yang menggembirakan bagi mak n ayah ku..kerana selamat melahirkan anak yang ke empat...di sini aku nak ucapkan terima kasih kepada mereka berdua...tanpa mereka tiadalah aku di dunia ini...terima kasih mak ayah!...
Dan sempena hari lahirku yang ke - 24 ni...aku sedang berkira-kira...apa yang perlu aku buat agar hari yang indah ini tidak terlepas macam tu je...korang rasa-rasa...korang boleh tak bagi cadangan bagai kat aku...apa yang aku nak buat pada hari bersejarah ni?? patut tak aku pi karok ke...terjun bangunan ke...pendek kata apa-apa yang seronok la...so far aku tak dapat pikir pun apa yang aku nak buat...
Masih lagi terfikir apa yang aku nak buat....uishhhhh...bosannya kalau banyak sangat berfikir nak buat apa....
Tapi hari masih berjalan dan aku masih berada di pejabat...
tapi ateleast gembira gak...zila kawan rumah aku...entah dari mana belikan aku kek secret recipe~~ ssecret recipe tau (sungguh batak aku ni)sempena hari jadi aku yang patut dikira dah tua n tak payah la nak sambut sambut! ye dak??...gembiranya bukan kepalang...atleast ada juga kek walaupun aku dah besar...kepada zila terima kasih ya sebab mengingati hari bersejarah ku ini...
Sayang ko! mwahahahahahaha!
Dan balik kerja karang baru aku fikir nak buat apa...so far tak boleh nak pikir apa-apa sangat...cause ada banyak yang kerja yang menanti aku skarang ni...k la will up date later~ choooowwwwwwwww!
No comments:
Post a Comment