Agak agak korang la kan…kerja sebagai setiausaha ni senang ke susah…?ala jawab je la…seikhlas hati korang ok…saje nak dengar pendapat korang…ada yang kata kerja kitorang ni sekadar menggoyang kaki…menggoda bos...bermain-main di office dengan mempamerkan keindahan wajah memasing...bergaya tak tentu hala mengalahkan badut kat dalam circus tu....betul ke??? Hurmmmm…tak tau la kan…dah macam aku cakap tadi…tu semua pendapat korang masing-masing tapi kalau korang piker macam tu memang salah la kan…aku bukannya cuba untuk mendefencekan diri aku mahupun setiausaha setiausaha yang lain….mungkin ada juga yang setiausaha yang bermasalaah...tapi segelintir dua sahaja...bukan semua...
Cerita tentang aku sebagai setiausaha....
Pagi-pagi dah kene mengadap bos....kawan-kawan yang lain senang sahaja berkeliaran pada waktu pagi untuk mencara breakfast memasing...tapi kami yang sebagai setiausaha harus menahan lapar dan dahaga disebabkan pagi pagi lagi office dah kosong dan tak ada staff di tempat memasing...kalau office aku 15 orang...pagi pagi tinggal la aku sorang sementara nak tunggu semua kawan2 (especially staff sokongan la...takkan pegawai kot) orang masuk balik lepas makan kekadang lama...takkan nak suruh pegawai plak yang gantii tempat aku untuk menjawab telefon bagai...untuk membuang air kecil pun kami terpaksa bertahan...mana la tahu ada incoming call yang penting ke...kalau tak berangkat nanti telefon tu...kami la orang yang pertama sekali kene marah...ini baru bab makan pagi..belum lagi bab bab lain...kalau nak diceritakan memang banyak dan menyakitkan ati...tapi tu la...dah nama pun kerja...kita tak boleh la merungut...dah kita dipilih sebagai setiausaha...kene la terima dengan jenis tugas seorang setiausaha...kalau tak maki hamun tu bukan setiausaha la...ye la...kitorang semua ni kan tak der perasaan...
Surat-surat yang aku selenggara setiap hari...
Setiap hari setiausaha memang akan terima banyak surat...dan surat surat tu, of course la kitorang yang kene tapis...kalau kitorang tak tapis...sape yang nak tapis surat tu?? macam la orang lain rajin nak melayan tugasan ko wahai cik setiausaha...nak atau takk nak...itu memang la tugasan hakiki setiausaha....yang menjadi masalah ni pulak...kekadang surat yang kita terima tu hilang...ok macam mana boleh hilang?? memang la boleh hilang kalau seorang pegawai tu nampak nama dia naik terus ambil surat tu walaupun dia orang ni sedar yang surat tu belum pun di sahkan / dimintkan oleh bos...kenapa dia orang buat macam tu?? alasan dia mudah...katanya nak segera...pada hal surat tu lagi 2 bulan encik officer tu kene pergi...entah apa yang dia orang rushing kan aku pun tak paham....yang membuatkan aku marah kekadang tu...surat yang encik officer tu hilang di tangan dia orang sendiri dan dengan sesedap hatinya menuduh la setiausaha yang hilang kan....OMG! apa kejadah kitorang nak hilangkan surat tu....salah korang la....sape suruh korang pakai amik tak tunggu untuk diminitkan...aku paling benci kalau kejadian untuk menyalahkan satu sama lain...cukup bosan n muak dengan perangai officer yang tak sudah sudah mahu menuduh...yang best nya pulak...jumpa bos pasttu suka la cakap yang kitorang ni memang kaki menghilangkan surat...yang diri sendiri tu tak cermin pulak ya??
Balik lambat...kekadang kene kerja lebih masa untuk menyelesaikan tugasan yang penting....
Dengar macam simple...aku akui...bukan sekadar setiausaha yang selalu balik lambat disebabkan urusan pejabat yang menimbun...kekadang urusan-urusan macam ni...kerani pun kena balik lambat...cuma apa yang aku nak berkongsi kat sini ialah cara pemikiran orang lain yang kekadang beyond expectation....setengah orang kata...
"ala...setiausaha tu balik lambat...bukan buat kerja pun...tapi sebenarnya main facebook..."
betul ke?? korang memang fikir kitorang balik lambat sebab benda benda bodoh macam tu ke?? ok...itu pendapat korang...bukan pendapat aku...tapi bagi aku la...setakat balik lambat untuk main game atau surfing internet bagai..lebih baik surf dekat rumah...sekarang ni promosi penggunaan broadband dah meluas...eventhough studen pun mampu untuk memiliki broadband...tipu la kalau nak kata setiausaha tak mampu untuk beli.....setakat komitmen untuk broadband 40 ringgit..apa sangat....itu sume korang kira la makan mcd sebanyak 4 kali...betul kan??tambahan pula setiausaha memang memerlukan broadband demi menerima tugasan dari semasa ke semasa hattta sekalipun sedang bercuti...
tak dinafikan...ada setiauasaha yang kerjanya lebih menjurus kepada santai...bagus...kerana mungkin bahagian tersebut...telah mengagihkan kerja dengan teratur dan mempunyai pengurusan staf yang tinggi....pendek kata memang bagus...semua urusan pejabat lebih tersusun....tetapi bagaimana pula jika bahagian tersebut mempunyai staff yang kurang berbanding staff di bahagian yang lain?? kesian tau...semua kerja terpaksa dilambbakkan kepada setiausaha...nak tak nak kene juga siapkan kerja tu...takkan nak dibiarkan macam tu je......kalau sepatutnya jam 5.00 petang da balik...terpaksa la balik pukul 9 malam demi mengerjakan urusan yang tidak dapat diselesaikan...kan da balik lambat namanya....
WILL UPDATE LATER~
No comments:
Post a Comment