Kita selalu dengar orang ungkapkan perkataan seperti di atas...tidak semestinya ayat di atas di tujukan pada ibu bapa sahaja...bahkan pada sesiapa jua...
Aku masih teringat...satu ketika dahulu aku mempunyai seseorang yang dikatakan mempunyai hubungan kekeluargaan yang rapat denganku...tapi mungkin disebabkan sifatnya yang agak kurang menyenangkan...aku berjauhan hati dengan dia...sehinggakan satu ketika dia jatuh sakit...bukan sakit yang biasa....sakit yang kronik...pada mulanya aku yakin yang dia akan sihat seperti sediakala...tapi aku silap...sakitnya semakin hari semakin tenat...orang ramai mula berkunjung menziarahi dia...sehinggalah pada suatu hari...aku telah menerima panggilan kejutan daripada seseorang bahawa sewaktu dalam perjalanan untuk bertukar ke hospital yang lain dia telah menghembuskan nafasnya yang terakhir ..aku berasa amat terkejut dan amat terkilan...aku tidak sempat untuk memohon maaf padanya...sepanjang perjalanan menuju ke rumah arwah aku hanya menangis tidak berhenti henti...ketika itu bermacam-macam yang bermain di kepala ku...
"kalau lah aku rapat dengan dia...mendengar segala penat lelahnya kan bagus...."
"kalau lah aku boleh membantunya dari segala segi kan bagus...."
"kalau lah boleh aku membantunya semasa dia masih sihat kan bagus...."
"kalau lah aku rapat dengan dia....mesti semua perasaan kesal ini akan hilang..."
"kalau lah boleh aku bagi tahu dia...jauh di sudut hati aku amat kesal dengan perbuatanku..."
"kalau lah boleh ....aku ingin meminta maaf di atas segala kesilapanku terhadap dirinya selama ini...
"kalau lah aku boleh beritahu dia aku SAYANGKAN dia..."
Tapi aku tahu....semuanya dah terlewat...dia tidak mungkin lagi kembali ke sisi kami...dia telah ke sana...ke alam fana yang memang dijanjikan untuk sekalian umat....aku amat terasa akan kehilangannya...untuk sebulan yang pertama aku menjadi seorang yang murung...air mata lah yang paling setia menemani aku...aku amat sesal...kenangan lama antara aku dan dia mula melayar di mata...aku teringat pesanan dri arwah sebelum dia meninggal...katanya...dia mungkin tidak sempat untuk menghadiri majlis bersejarah ku.....kalau lah penyakitnya boleh dibuang dengan wang...sanggup aku berusaha agar dia tidak "hilang" dari kami...tapi apakan dia...ajal maut semuanya kuasa Allah SWT...
Semenjak daripada perkara ini...aku mula berjanji dengan diriku agar lebih menghargai orang di sekelilingku...tidak kira bagaimana teruk sekalipun layanan mereka terhadapku aku terima...aku tidak ingin kemudian hari nanti aku merana disebabkan sifat egoku sendiri...aku tidak mahu lagi merasa kehilangan dan derita disebabkan diri aku sendiri...kita tidak tahu bagaimana keadaan hidup kita...mungkin hari ini kita masih mampu menghidup udara segar...kita masih mampu bergembira....masih mampu untuk melihat keindahan alam ini...dapat merasakan kasih sayang daripada insan-insan lain...tapi bagaimana pula pada hari esok...kisah "dia" memang menjadi pengajaran yang terbesar dalam hidup aku...pesanan aku hanya satu...
Hargailah mereka sementara mereka masih ada...
No comments:
Post a Comment