Wednesday, March 9, 2011

Kursus Kahwin Yang Happening! (^_^)

Oh! sabtu tolong la ko jangan datang...ya Allah malasnya aku nak pergi kursus kahwin...mesti kursus tu membosankan...dengan penceramah penceramah yang serius nye...aduh...pendek kata aku malas la...tapi nak tak nak hari sabtu tu pun macam mana pun akan datang juga...aku pun tidur awal pada  hari jumaat memandangkan sabtu dan ahad aku akan berkursus...


                                       Pusat Kursus Perkahwinan yang telah aku hadiri

Bosannya awal pagi lagi aku da dikejutkan oleh kekasih  hati..maka aku pun bersiap-siap untuk ke rumah hafiz mengambil dia sekali gus menuju ke pusat kursus perkahwinan setempat Wani Pesona yang terletak di setiawangsa, Kuala Lumpur.  Dalam perjalanan ke pusat kursus tersebut aku masih lagi "bermalas-malasan..." ( sempat aku tidur dalam kereta ) Setibanya di pusat kursus tersebut aku melihat ramai kelibat manusia yang berpakaian kemas untuk menghadiri kursus perkahwinan tersebut...Semuanya bermuka malas  tidak kurang juga yang berwajah gembira (itu mesti tarikh perkahwinan da dekat kan)


Sebilangan peserta kursus Wani Pesona

Tapi ternyata aku silap...kursus yang dianggap sebenarnya membosankan berakhir dengan kegembiraan. Penceramah jemputan Wani Pesona juga tidak kurang hebatnya.  mungkin disebabkan pengalaman dalam memberi ceramah,  penceramah jemputan hebat dalam memancing minat peserta untuk mendengar ceramah yang disampaikan. Kursus yang dijadualkan selama 2 hari tersebut berjalan dengan lancar dan menggembirakan.  Aku amat yakin peserta kursus di Wani Pesona amat terhibur sepanjang kursus tersebut berlangsung.

Setelah aku habis berkursus selama dua hari di Wani Pesona,  barulah aku tahu.  Sebenarnya Wani Pesona juga menjadi pilihan rancangan station television untuk memberi cermah pada calon calon "cari menantu"  (program realiti di TV9) bagi musim 1&2.  Jadi pada sesiapa yang berminat boleh lah melayari laman web ini untuk tujuan "booking" tarikh kursus kahwin,  sebarang pertanyaan tentang kursus serta berkaitan, jangan segan silu, anda hanya perlu klik sahaja : ( ^_^)


                                                               www.wanipesona.com

Walaupun aku kepenatan seminggu direct mempunyai jadual yang padat aku masih berasa gembira kerana cuti aku diisi dengan perkara-perkara yang berfaedah...sekian sahaja dari aku untuk kursus kahwin yang happening.... (^_^)

1 comment: